EKSPO TERENGGANU 2018 Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 18 Mac 2018 16:00

 

25 Februari 2018 – Pejabat Daerah Kemaman telah menyertai Ekspo Terengganu 2018 yang telah diadakan di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bermula 25 Februari 2018 hingga 3 Mac 2018 baru-baru ini.

Pelbagai produk dan persembahan dari Kemaman telah di bawa dan diperkenalkan seperti produk kopi haipeng, kuih bulan dan banyak lagi. Pameran mini zoo turut berada di booth Kemaman, yang mana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang singgah di booth pameran Daerah Kemaman. Dua maskot burung dan singa di mini zoo turut menjadi tumpuan.

Selain itu, pemenang tempat ketiga ‘Street Workout Freestyle World Champion 2017’, Engku Mohd Ikhwan Engku Shamsu dan Da’i Niezal yang telah menjuarai Program Realiti Televisyen terkenal yang merupakan anak jati Kemaman turut sama memeriahkan booth Daerah Kemaman.

Ekspo yang berlangsung selama tujuh (7) hari itu juga menyediakan lebih 200 lot jualan produk industri kecil dan sederhana (IKS), 64 peniaga car boot sale, 55 peniaga kenderaan saji dan 20 peniaga T-Kitchen.

Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan kepada pengunjung bertuah sepanjang ekspo berlangsung seperti sebuah rumah, lot tanah dan sebuah pacuan empat roda.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 07 April 2018 15:43
Jumlah Capaian Ke Laman ini :522 kali.