WALIMATULURUS PERDANA 2018 Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 08 Desember 2018 13:48

 

KEMAMAN – Sebanyak 21 pasangan pengantin dalam kawasan Parlimen Kemaman diraikan oleh kerajaan negeri dalam Program Walimatul Urus Perdana yang telah diadakan pada 24 November 2018, Jumaat lalu. Terdahulu pasangan pengantin diakad nikah secara serentak di Masjid Sultan Ahmad, Chukai.

Seterusnya pasangan pengantin diraikan di Majlis Perasmian dan Resepsi bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman dengan disertai oleh ahli keluarga dan kenalan masing-masing. Mereka adalah kalangan 190 pasangan muda di seluruh negeri yang melangsungkan perkahwinan beramai – ramai dan detik bersejarah dalam kehidupan itu dimeriahkan dengan sambutan yang dibiayai oleh kerajaan negeri di setiap kawasan Parlimen.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah bin Mat. Dalam majlis berkenaan, pasangan pengantin turut menerima kad nikah, cek bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman YB Che Alias Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, YB Ab. Razak Ibrahim,  ADUN Kemasik, YB Ir. Saiful Azmi Suhaili; Pegawai Daerah, Haji Johan bin Ibrahim dan Pegawai Agama Daerah, Mohammad Zamri Nik.

 

 

DiKemaskini Pada Selasa, 11 Desember 2018 16:08
Jumlah Capaian Ke Laman ini :219 kali.