Karnival Pantai Terengganu 2019 Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 28 September 2019 14:50

TERENGGANU – Daerah Kemaman telah menyertai Karnival Pantai Terengganu 2019 yang diadakan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 12 hingga 16 September 2019 yang lalu.

Majlis Perasmian telah dilangsungkan pada 15 September 2019 di Pentas Utama Dataran Batu Buruk dan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin bin Deraman.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk mereka yang hadir antaranya Forum Perdana, Bicara Wanita, Sukan Rakyat, Bicara Santai Artis Hijrah dan Pertandingan mewarna. Selain itu juga, terdapat gerai pameran dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Daerah Kemaman telah mendapat Tempat Kedua dalam Pertandingan Booth Terbaik. Tahniah Daerah Kemaman!

 

DiKemaskini Pada Isnin, 30 September 2019 18:47
Jumlah Capaian Ke Laman ini :192 kali.