MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KEMAMAN TAHUN 1441H/2019M Cetak
Oleh PDK   
Rabu, 08 Januari 2020 15:14

16 DISEMBER 2019 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1441H/2019M telah diadakan di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Isnin lalu.

Seramai sepuluh orang peserta yang terdiri daripada lima qari dan lima qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing untuk dinilai dan diadili mengikut kriteria yang telah ditetapkan bagi merebut gelaran juara qari dan qariah dan seterusnya mewakili Daerah Kemaman ke Peringkat Negeri.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Hj Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional merangkap ADUN Kawasan Cukai.

Turut hadir, YB Cikgu Hj Ab. Razak, ADUN Kawasan Air Putih, Ustaz Hazri bin Jusoh, Penyelaras Dun Kijal serta Ketua-ketua Jabatan.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 25 Februari 2020 16:02
Jumlah Capaian Ke Laman ini :125 kali.