MAJLIS SENTUHAN KASIH TAHUN BAHARU CINA 2020 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 22 Februari 2020 12:33

KEMAMAN – Majlis Sentuhan Kasih Tahun Baharu Cina 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman telah diadakan pada Rabu, 5 Februari 2020 bertempat di Dewan Komuniti Cina, Kampung Mak Dayang, Kemaman.


Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Dalam program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Pantai Timur itu, seramai kira-kira 400 penduduk kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan fakir miskin turut menerima sumbangan angpau bernilai RM200 dan hamper makanan sebagai bantuan perayaan.


Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari bin Azahar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 25 Februari 2020 14:40
Jumlah Capaian Ke Laman ini :92 kali.