Lawatan YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kemaman ke Program Outreach Vaksinasi COVID-19 anjuran Jawatankuasa CITF Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 04 July 2021 16:23
YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kemaman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hadir mengiringi YBhg. Dr. Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu bersama Yang Berhormat Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ke Program Outreach Vaksinasi COVID-19 anjuran Jawatankuasa CITF Daerah Kemaman dengan kerjasama KETENGAH di Dewan Orang Ramai KETENGAH, Bandar Seri Bandi yang melibatkan seramai 500 orang penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Program Outreach Vaksinasi COVID-19 ini merupakan satu inisiatif kerajaan dalam usaha untuk mempercepatkan lagi proses vaksinasi terutamanya di kawasan luar bandar.
Turut hadir sama ke program ini ialah YDH. Supt. Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kemaman, YBhg. Dr. Mohd Anuar bin Abd Rahman, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, YBrs. Encik Hazri bin Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH serta wakil jabatan/agensi yang terlibat.
YBrs. Tuan Pegawai Daerah bersama Yang Berhormat Haji Ab Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih turut melawat ke program yang sama yang diadakan serentak di Dewan Semai Bakti, Felda Neram 2.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan KETENGAH, petugas Unit Amal DUN Air Putih dan DUN Kijal yang turut sama menjayakan program pada hari ini.
DiKemaskini Pada Sabtu, 06 November 2021 14:45
Jumlah Capaian Ke Laman ini :554 kali.