KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT DAERAH KEMAMAN Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 21 Agustus 2021 19:57
16 Ogos 2021 / 7 Muharram 1443 - YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kemaman telah menerima kunjung hormat daripada Dr. Haji Norhafifi bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Lt. Kol. (PA) Rosman bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu dan Kapt. (PA) Suhaimi bin Awang, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kemaman.
Kunjungan hormat tersebut menyentuh isu-isu semasa berkaitan situasi semasa pandemik Covid-19 serta operasi pusat kuarantin di Daerah Kemaman. Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga menempatkan anggotanya di pusat kuarantin bagi melancarkan lagi perjalanan pengurusan di pusat kuarantin tersebut.
Turut hadir, YM Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Puan Samihah binti Muhamad Yunus, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) dan Encik Muhammad Tarmidhi bin Rani, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat).
DiKemaskini Pada Sabtu, 21 Agustus 2021 20:08
Jumlah Capaian Ke Laman ini :781 kali.