Program Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 01 September 2021 17:41
30 Ogos 2021 | 21 Muharram 1443H - Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kemaman hadir ke Program Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kemaman secara pandu lalu anjuran Pejabar Daerah Kemaman dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman, JKR Kemaman, IPD Kemaman, Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dan JPKK Daerah Kemaman yang diadakan di Pekarangan Sebelah Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman pada pagi ini.
Gimik program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Kawasan Cukai. Turut hadir sama ialah YB Haji Ab Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih, YB Ir Saiful Azmi bin Suhaili, ADUN Kawasan Kemasik, YBrs. Ustaz Hazri bin Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, YDh. Supt Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kemaman dan YBrs. Ir. Mohd Ali bin Ismail, Jurutera Daerah (JKR) Kemaman.
Mengangkat Tema “Malaysia Prihatin”, sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut secara sederhana dengan mematuhi segala SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan walaupun dalam kekangan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.
DiKemaskini Pada Rabu, 01 September 2021 17:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :338 kali.