Program Outreach Vaksinasi Masyarakat Orang Asli Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 28 September 2021 20:27
26 September 2021 | 19 Safar 1443H - YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kemaman selaku Pengerusi CITF Daerah Kemaman bersama pasukan bertindak Covid Immunitation Task Force (CITF) Daerah Kemaman menempuh perjalanan yang sukar hari ini ke lokasi penempatan masyarakat Orang Asli di Sungai Putih, Ladang Cerul 3 bagi memberi suntikan vaksin covid-19. Tidak menjadi halangan besar buat pasukan kami atas keperluan masyarakat di sana bagi mendapatkan suntikan single dose melibatkan kira-kira 70 orang penduduk suku kaum berkenaan sama seperti masyarakat Malaysia amnya.
Program diteruskan lagi di Dewan Orang Ramai Sungai Pergam yang melibatkan masyarakat Orang Asli sekitar seramai lebih 200 orang. Pada masa yang sama, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama NGO Dakwah Unlimited turut menyerahkan bantuan zakat khas Covid-19. Seramai 131 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan beras.
Turut hadir sama ke program hari ini ialah YB Hj. Hanafiah Mat, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kawasan Chukai, YB Hj. Abd Razak Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih, YB Tuan Che Alias Hamid, Ahli Parlimen Kemaman, YBhg. Dato' Dr. Hajah Kasemani Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu serta beberapa orang ketua jabatan daerah Kemaman.
DiKemaskini Pada Selasa, 28 September 2021 20:49
Jumlah Capaian Ke Laman ini :389 kali.