Majlis Penyerahan Hakmilik bagi Tanah Terkilan dan Bukan Terkilan Tapak Bangunan Kediaman Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 01 November 2021 20:01

1 November 2021 | 25 Rabiul Awal 1443H – Majlis Penyerahan Hakmilik bagi Tanah Terkilan dan Bukan Terkilan Tapak Bangunan Kediaman Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Kg. Teluk Nyior, Kg. Berenjut, Kg. Fikri Mukim Banggol dan kawasan Kg. Bujal, Mukim Hulu Cukai, Daerah Kemaman telah diadakan di Perkarangan Pejabat Adun Cukai, Kemaman.


Majlis penyerahan hak milik tanah ini telah dirasmikan oleh YB Haji Hanafiah Bin Mat, ADUN Cukai. Penyerahan hakmilik tanah tersebut disampaikan oleh YB Haji Hanafiah Bin Mat dengan diiringi oleh Penyelaras ADUN Kijal, Ustaz Hazri bin Jusoh dan juga Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam bin Wan Jusoh @ Wan Ali.


Seramai 94 orang peserta RTB yang berkenaan telah menerima hakmilik di majlis tersebut.

DiKemaskini Pada Isnin, 01 November 2021 20:18
Jumlah Capaian Ke Laman ini :97 kali.