PROGRAM KUNJUNG HORMAT KEPIMPINAN DAERAH KEMAMAN KEPADA PENGERUSI FELCRA BERHAD Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 28 November 2021 15:02
23 November 2021 | 18 Rabiul Akhir 1443H - Program Kunjung Hormat Kepimpinan Daerah Kemaman Kepada Pengerusi Felcra Berhad telah diadakan sebentar tadi bertempat di Ibu Pejabat, Felcra Berhad, Tingkat 6, Wisma Felcra.
Tujuan kunjung hormat ini adalah bagi mengeratkan silaturahim antara kepimpinan Daerah Kemaman dengan Pengurusan Tertinggi Felcra Berhad.
Program kunjung hormat tersebut telah dihadiri oleh YB Tuan Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman, YB Tuan Haji Hanafiah bin Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Cukai, YB Haji Ab Razak bin Ibrahim, ADUN Air Putih, YB Ir. Saiful Azmi bin Suhaili , ADUN Kemasik, YBrs. Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar ,Pegawai Daerah/ Pentadbir Tanah Kemaman dan YBhg. Haji Hazri bin Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Kijal.
Turut hadir sama, Encik Wan Saifullizam bin Wan Jusoh @ Wan Ali, Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Encik Mohamad Hafiz bin Che Awang, Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan & Pelupusan) dan Encik Mohd Souffi bin Mukhtar, Penolong Pegawai Tanah Kanan (Pembangunan).
DiKemaskini Pada Ahad, 28 November 2021 15:19
Jumlah Capaian Ke Laman ini :307 kali.