Majlis Penyerahan Hakmilik RTB (Terkilan) untuk Tapak Bangunan Kediaman dan Undi Lot bagi RTB Kg. Mak Chili Baru, Mukim Binjai Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 01 Januari 2022 15:58
22 Desember 2021 | 17 Jamadilawal 1443H | Rabu – Sekitar Majlis Penyerahan Hakmilik RTB (Terkilan) untuk Tapak Bangunan Kediaman dan Undi Lot bagi RTB Kg. Mak Chili Baru, Mukim Binjai serta Penyerahan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk Tapak Pertanian di Kawasan Kampung Mak Chili (Fasa 1), Mukim Binjai Daerah Kemaman yang telah diadakan di Dewan Seri Amar, Kemaman.
Majlis penyerahan hak milik ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih dan diiringi oleh Pentadbir Tanah Kemaman, Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar serta Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Encik Wan Saifullizam bin Wan Jusoh @ Wan Ali.
Seramai 92 orang peserta terkilan telah menerima hakmilik, manakala seramai 79 orang peserta membuat cabutan Undi Lot bagi Tapak Bangunan Kediaman untuk RTB Kampung Mak Chili Baru, Mukim Binjai dan 29 peserta telah menerima Borang 5A bagi Tapak Pertanian di RTB Kampung Mak Chili (Fasa 1), Mukim Binjai Kemaman.
DiKemaskini Pada Sabtu, 01 Januari 2022 16:10
Jumlah Capaian Ke Laman ini :406 kali.