MAJLIS PENYERAHAN BORANG 5A BAGI RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK (RTB) UNTUK TAPAK PERTANIAN (BUAH-BUAHAN) DI KAWASAN KAMPUNG BARU BUKIT BANDI, BAN HO, CHERUL, MUKIM BANDI, DAERAH KEMAMAN Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 16 Januari 2022 19:46

6 Januari 2022 (Khamis) – Majlis Penyerahan Borang 5A Bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Untuk Tapak Pertanian (Buah-Buahan) Di Kawasan Kampung Baru Bukit Bandi, Ban Ho, Cherul, Mukim Bandi, Daerah Kemaman telah di adakan di Dewan Orang Ramai Felda Cherul, Kemaman.


Majlis Penyereahan Borang 5A ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih dan diiringi oleh Pentadbir Tanah Kemaman, Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar serta Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Encik Wan Saifullizam bin Wan Jusoh @ Wan Ali. Turut hadir Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kemaman, Encik Mohamad Hafiz bin Che Awang.


Tapak ini dahulunya telah diusahakan oleh orang kampung dengan tanaman kontan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS). YB ADUN Air Putih dalam Mesyuarat JKTD telah mencadangkan tapak ini dijadikan RTB untuk tapak pertanian untuk diberimilik kepada orang kampung dan mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Pada hari ini, seramai 109 peserta menerima Borang 5A di majlis tersebut.

DiKemaskini Pada Ahad, 16 Januari 2022 20:02
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1558 kali.