Majlis Penyerahan Borang 5A dan Undi Lot melibatkan 4 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di kawasan DUN Air Putih Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 14 Februari 2022 15:15
10 Februari 2022, Khamis - Majlis Penyerahan Borang 5A dan Undi Lot melibatkan 4 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di kawasan DUN Air Putih telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sri Permai, Mak Chili, Kemaman.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Razak bin Ibrahim ADUN Air Putih dan diiringi oleh Ybhg Encik Wan Saifullizam bin Wan Jusoh @ Wan Ali, Ketua Penolong Pentadbir Tanah mewakili Pentadbir Tanah Kemaman. Turut hadir Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kemaman, Encik Mohamad Hafiz bin Che Awang.
Majlis dimulai dengan Penyerahan Borang 5A bagi RTB Kg. Mak Chili Baru, Mukim Binjai untuk Tapak Kediaman melibatkan seramai 79 orang peserta. Majlis diteruskan dengan Undi Lot Bagi RTB Terkilan Peserta Ganti Mak Chili, Mukim Cukai untuk Tapak Kediaman yang melibatkan 10 orang peserta, Undi Lot Bagi RTB Teluk Nyiur, Mukim Banggul untuk Tapak Kediaman seramai 58 orang peserta, Undi Lot Bagi RTB Kg. Paman, Mukim Pasir Semut untuk Tapak Kediaman seramai 22 orang peserta dan Undi Lot Bagi RTB Kg. Tersusun Perasing Jaya, Mukim Hulu Jabur untuk Tapak Kediaman seramai 10 orang peserta.
DiKemaskini Pada Isnin, 14 Februari 2022 15:30
Jumlah Capaian Ke Laman ini :941 kali.