Program Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 15 Mei 2022 13:18
Tanggal 12 Mei 2022 (Khamis) bersamaan 11 Syawal 1443H, satu Program Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Kemaman telah diadakan. Daerah Kemaman merupakan daerah kelima yang selepas Daerah Besut, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bagi program lawatan kerja tersebut.
Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Pengarah Tanah & Galian Terengganu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs. Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman, Setiausaha Bahagian serta Pegawai-pegawai Kanan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kemaman dan Pegawai-pegawai di Daerah Kemaman.Program ini dimulakan dengan Taklimat Pembangunan Daerah yang disampaikan oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman di Pejabat Daerah & Tanah Kemaman.
Seterusnya, Yang Berhormat Mulia Tengku di bawa ke Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman bagi menyempurnakan Majlis Amanat Penjawat Awam Daerah Kemaman yang dihadiri seramai 500 orang penjawat awam Daerah Kemaman merangkumi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Yang Berhormat Mulia Tengku turut hadir ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok bagi meninjau keperluan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekolah berkenaan sebagai persediaan menghadapi bencana Monsun Timur Laut yang akan datang. Taklimat telah disampaikan oleh Kapt. (PA) Mohd Suhaimi bin Awang @ Muhammad, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman merangkap Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kemaman.
Yang Berhormat Mulia Tengku di bawa ke Kediaman Seri Kemaman bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pegawai Daerah / Pentadbir Tamah Kemaman bersama komuniti di Daerah Kemaman. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan gamelan, silat dan busking yang terdiri daripada anak-anak seni Daerah Kemaman.
Mengakhiri lawatan kerja ini, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu di bawa ke Pelabuhan Kemaman dan menaiki tug boat bagi meninjau pengoperasian di pelabuhan tersebut. Lawatan ini turut mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak EPIC Group dan Konsortium Pelabuhan Kemaman.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Lawatan Kerja YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu ini. Semoga lawatan kerja ini menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Terengganu dan Daerah Kemaman khususnya

 

DiKemaskini Pada Ahad, 15 Mei 2022 19:07
Jumlah Capaian Ke Laman ini :596 kali.