MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK KEPADA PENEROKA-PENEROKA FELDA NERAM 2 (PERINGKAT I, II & III), MUKIM BANDI DAN MUKIM HULU JABUR, DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU. Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 27 Jun 2022 15:12

13 JUN 2022 | 13 ZULKAEDAH 1443 H (ISNIN) - Majlis Penyerahan Hakmilik Kepada Peneroka-Peneroka Felda Neram 2 (Peringkat I, II & III), Mukim Bandi dan Mukim Hulu Jabur, Daerah Kemaman, Terengganu telah diadakan di Dewan Semai Bakti, FELDA Neram 2, Bandar Cheneh Baru, Kemaman. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran, pada 19 Januari 2022, Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan permohonan untuk mengeluarkan suratan hakmilik kepada peneroka-peneroka di FELDA Neram 2 setelah menanti selama lebih 30 tahun. Pengeluaran hakmilik ini melibatkan seramai 543 peneroka bagi tapak bangunan kediaman dengan keluasan sebanyak 448,903 meter persegi dan tapak pertanian kelapa sawit berkeluasan sebanyak 2,121.90 hektar.

DiKemaskini Pada Isnin, 27 Jun 2022 15:31
Jumlah Capaian Ke Laman ini :168 kali.