MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK, BORANG 5A DAN UNDI LOT KEPADA PESERTA-PESERTA RTB DALAM KAWASAN DUN AIR PUTIH Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 27 Jun 2022 18:40

Majlis Penyerahan Hakmilik, Borang 5A Dan Undi Lot Kepada Peserta-Peserta RTB Dalam Kawasan Dun Air Putih talah diadakan pada 23 Jun 2022 Bersamaan 23 Zulkaedah 1443H (Khamis) bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Hanafiah Bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Merangkap ADUN Cukai.

Terdapat 7 RTB berlangsung dalam majlis tersebut yang melibatkan jumlah keseluruhan peserta seramai 524 orang.

  • RTB untuk tapak bangunan kediaman di kawasan Kampung Mak Chili Baru, Mukim Binjai, Daerah Kemaman - Hakmilik (69 Peserta)
  • RTB untuk tapak pertanian di kawasan Kampung Mak Chili Fasa 1, Mukim Binjai, Daerah Kemaman - Hakmilik (30 Peserta)
  • RTB untuk tapak bangunan kediaman di kawasan Bukit Sah, Mukim Pasir Semut, Daerah Kemaman - Hakmilik (5 Peserta) / Borang 5A (5 Peserta)
  • RTB untuk tapak bangunan kediaman di kawasan Kampung Bukit Mentok, Mukim Cukai, Daerah Kemaman - Borang 5A (54 Peserta) / Undi Lot (6 Peserta)
  • RTB untuk tapak bangunan kediaman di kawasan Lot Seri Jaya, Mukim Binjai, Daerah Kemaman - Undi Lot (5 Peserta)
  • RTB untuk tapak pertanian di kawasan Kampung Jenang, Mukim Tebak, Daerah Kemaman - Undi Lot (3 Peserta)
  • RTB untuk tapak bangunan kediaman di kawasan Kampung Mak Chili Fasa 1, Mukim Binjai, Daerah Kemaman - Undi Lot (347 Peserta)
DiKemaskini Pada Isnin, 27 Jun 2022 19:46
Jumlah Capaian Ke Laman ini :118 kali.