Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 05 Mac 2014 13:56

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 April 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu. Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi Kunang-Kunang terbesar di Terengganu.

 

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

Peta Lokasi


DiKemaskini Pada Ahad, 25 Mei 2014 16:05
Jumlah Capaian Ke Laman ini :19558 kali.