LATAR BELAKANG PDTK Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 21 April 2012 12:32

 

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman merupakan Pejabat Daerah dan Tanah pertama diwujudkan di Negeri Terengganu iaitu pada tahun 1888 dengan lantikan Pegawai Daerah merangkap Pemungut Hasil Tanah Daerah Kemaman. Ini diikuti dengan Pejabat Daerah dan Tanah Marang pada tahun 1920,Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu pada tahun 1922,Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pada tahun 1923, Pejabat Daerah dan Tanah Besut pada tahun 1927 dan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pada tahun 1929.Pejabat Daerah dan Tanah Setiu diwujudkan iaitu pada 1 Januari 1985 akibat pengubahan sempadan daerah-daerah Besut dan Kuala Terengganu. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus adalah yang terakhir sekali diwujudkan iaitu pada 14 September 2014.

Pada tahun 1984 jawatan Pemungut Hasil Tanah Daerah telah ditukar kepada Pentadbir Tanah Daerah yang kemudiannya dipinda menjadi jawatan Pentadbir Tanah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara. Kesemua Pejabat daerah dan Tanah telah pun berpindah ke Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah baru yang lebih luas dan selesa bermula dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman pada14 Jun 1982. Perpindahan ini diikuti oleh Pejabat Daerah dan Tanah Besut pada 25 Mac 1989, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu pada tahun 1990, Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pada tahun 1994, Pejabat Daerah dan Tanah Marang pada 1 September 1996, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu pada 1 Jun 1997 dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pada 1 Ogos 1998.

DiKemaskini Pada Isnin, 22 Februari 2016 20:37
Jumlah Capaian Ke Laman ini :24778 kali.